3 Kebaikan dan Khasiat Buah Delima
Buah
delima sudah digunakan dalam bidang perubatan di Timur Tengah sejak dahulu
lagi. Pada masa itu, ia digunakan sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit
ringan seperti ulser dan cirit-birit.
Jus
buah delima mengandungi anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagik,
gallic acids, dan flavanoids seperti quercetin yang mana boleh melindungi anda
daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa
jenis kanser yang lain.
1.
Khasiat Dari Sudut Kecantikan
·
Pengembalikan Sel. Buah delima boleh
melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit,
menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan
memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.
·
Minyak dalam biji buah delima juga
memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ha ini
kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi.
·
Melindungi Daripada Cahaya Matahari.
Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang
masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari.
Tambahan lagi, ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang
boleb menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima mempunyai anti oksida yang
boleh membantut perbentukan tumor dan barah kulit.
·
Lambatkan Proses Penuaan. Pemakanan buah
delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik
penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan
oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
·
Mengekalkan Awet Muda. Buah delima
mempunyai kandungan yang boleb melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama
menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan
kulit.
·
Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah
delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai
struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisam kulit dan memberikan
kelembapan tambahan.
Buah delima mengandungi
punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.
·
Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat.
Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat juga.
Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan
perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini
juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.
2. KhasiatDari
Sudut Kesihatan
·
Menghilangkan Radikal Bebas. Delima
mengandungi kadar anti oksida yang tinggi seperti hydrolysable tannis dan
polyphenols yang mana boleh mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.
·
Melindungi Kesihatan Jantung. Delima
membantu membuang plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih
fleksibel. Dengan ini, dapay mengurangkan masalah saluran darah. Pada masa
mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah jantung.
·
Dengan pengambilan jus buah delima boleh
mengurangkan tahap kolestrol buruk (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL),
yang mana boleb meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko
masalah kardiovaskular (jantung).
·
Melawan Kanser. Buah delima mengandungi
anti oksida yang mana sangat efektif dalam melawan beberapa jenis kanser,
termasuklah kanser payu dara, prostat dan kulit. Selain itu, anti oksida juga
memainkan peranan untuk melawan sesetengah penyakit yang lain.
Bahan anti oksida akan
menyebabkan perbentukan sel darah merah untuk menyahtoksinkan badan dan
membentuk sistem daya tahan badan lebih baik.
·
Delima juga dipercayai boleh memberikan
apoptosis, satu proses di mana sel itu akan memusnahkan diri sendiri. Pengambilan
segelas jus delima setiap hari boleh membantut perbentukan sel kanser dalam
kanser prostat. Tambahan lagi, ia juga boleh menghalang aromatase, satu enzim
yang memainkan peranan yang penting dalam perbentukan kanser payu dara.
·
Membantu Sistem Penghadaman. Delima
membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb
membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan.
Buah delima juga boleh merawat sembelit.
·
Menyembuhkan Anemia. Anemia merupakan
satu masalah kesihatan disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan.
Buah delima mempunyai kadar zat besi yang tinggi. Ini boleh meningkatkan
kandungan hemoglobin dalam darah, dan lantas menyembuhkan penyakit anemia.
·
Mengurangkan Inflamasi. Delima mengandungi
Vitamin C yang mana merupakan satu bahan anti-inflamasi. Ini boleh membantu
anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, batuk dan bersin.
·
Membantu Peredaran Darah. Buah delima
juga sering digunakan untuk melegakan masalah darah tersumbat dalam saluran
darah. Perkara ini boleh disebabkan oleh sesorang itu tidak mengamalkan
pemakanan yang baik dan mungkin juga kerana merokok. . Khasiat Tambahan Kepada
Lelaki
·
Mengurangkan Risiko Mati Pucuk.
Pemakanan dan peminuman buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko
kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis. Kandungan anti oksidanya
yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada risiko penyakit-penyakit tersebut.
·
Merawat Kanser Prostat. Kajian
menunjukkan bahawa dengan pengambilan buah delima boleh mengurangkan dan dalam
beberapa kes boleh menyembuhkan pesakit kanser prostat.
3.
Khasiat Tambahan Kepada Perempuan
·
Memberikan Kesihatan Ketika Mengandung.
Buah delima mengandungi niacin, asid folik, potassium, kalsium, vitamin c, zat
besi dan serat yang tinggi. Kandungan ini boleh mengekalkan tahap kesihatan
wanita yang sedang mengandung dan perkembangan bayi.
·
Sifat buah delima yang anti inflamasi
mengekalkan peredaran darah, sangat baik untuk perkembangan fetus bayi. Selain
itu, buah delima mempunyai potassiun yang mana boleh mengelakkan kekejangan
semasa mengandung. Pengambilan buah delima secara berkala oleh ibu yang
mengansung boleh mengurangkan risiko kelahiran tak cukup bulan.
·
Pengambilan jus delima semasa mengandung
boleh mengurangkan kekejangan dan masalah tidur yang biasanya dialami oleh
wanita yang berbadan dua. Delima juga boleh meningkatkan kadar peredaran darah
ke janin, yang mana boleh mengurangkan risiko kerosakan otak.
·
Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara.
Kajian menunjukkan bahawa kandungan ellagitannins dalam buah delima boleh
mengelakkan perkembangan sel kanser payu dara.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar